Aura CEO Coffee
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Perunding Auralife
Assalammualaikum w.b.t
Dengan izin Allah SWT saya dapat bercakap tentang Auralife secara umunya. Saya amat teruja apabila dapat berkenalan dengan sahabat-sahabat dari Auralife, sebab pertamanya nama itu sendiri merupakan nama yang besar kerana AURA itu CAHAYA dan LIFE itu KEHIDUPAN.Saya sebenarnya tidak boleh meminum kopi, macam mana saya boleh paksa diri dan gunakan psikologi serta doa akhirnya saya kecewa, terkandas dan kecundang.Bila minum kopi mesti saya rasa pening. Dengan izin Allah SWT, saya cuba Aura CEO Coffee saya dapati saya boleh minum. Saya rasa lazat, bertenaga dan paling penting saya "TAK PENING". Sudah empat tahun saya tidak minum kopi tapi sejak kenali produk ini saya dapat menikmati rasa dan aroma kopi. Saya rasa bersyukur sangat. Kesannya memang berbeza. Anak - anak saya yang berada di universiti kalau minum kopi mereka akan dapat belajar 4 hingga 5 jam tiada masalah., kalau tidak memang akan rasa letih. Saya ucapkan tahniah kepada Dr. Nash dan juga Auralife kerana perkenalkan produk Aura CEO Coffee. Bila Auralife mengeluarkan produk wangian saya teruja sebab "Nabi pernah bersabda : "Aku suka wangi-wangian". Orang yang suka memakai wangi-wangian secara automatiknya IQnya akan meningkat itu adalah hakikat tetapi kalau kita pakai dengan zikir dan selawat ini memantapkan diri dan saya rasa sesuatu yang baik dan disamping mengikut sunnah akan memberi kehebatan.
Testimoni Aura Beauty Soap Ilhamku Oni |
Cikgu Azizan
Saya sering keletihan apabila pulang dari mengajar. Saya juga mengalami masalah tidak boleh minum kopi. Pelbagai jenis kopi telah saya cuba tetapi apabila minum kopi, saya akan mula rasa pening dan menganggu masa tidur saya. Apabila bertemu Auralife CEO Coffee, saya bertawakal sahaja untuk minum dan saya mengambil secawan kopi sebelum sarapan. Selepas tengahari saya ke kantin untuk membeli makanan sebagai bekalan untuk anak saya di rumah,selalunya saya akan makan tetapi saya rasa tidak lapar. Saya cuma makan cucur pisang dan karipap sahaja. Sehingga malam saya masih belum makan nasi cuma mengambil sedikit mee kuah dari anak saya sebagai alas perut. Kesan Aura CEO Coffee telah membuatkan saya tidak merasa lapar dan saya boleh minum Aura CEO Coffee tanpa rasa pening lagi. Selepas itu, saya memperkenalkan Aura CEO Coffee kepada adik saya yang mengalami masalah gastrik dan masalah yang dialaminya juga berkurangan serta dapat diatasi.Testimoni Aura Minda Pintar
Dhiyauddin Imran
Sebagai seorang yang sibuk dengan kerja, saya merasa tertekan bila mendapati anak saya tidak boleh membaca dan menyebut suku kata walaupun dia sudah mengenal huruf dari umur 4 tahun lagi. Disebabkan terlalu sibuk kami tidak dapat memberi sepenuh perhatian terhadap pelajarannya dan menyerahkan bulat-bulat kepada pusat asuhan dari tadika. Sebelum dan semasa peperiksaan akhir tahun tadikanya, saya mendapati dia memang tidak boleh membaca. Saya memperolehi pil Aura Minda Pintar daripada Dr. Nashruddin semasa perjumpaan AuraLife di KL, itupun selepas peperiksaannya berakhir. Saya agak terkejut selepas 4 hari anak saya makan pil Aura Minda Pintar dan mandian aura, anak saya boleh menyebut sukukata yang lebih panjang contohnya "kampung" dan muali hari itu saya dapati kemahuannya berubah dari langsung tidak mahu memegang buku, kini pantang ada buku dan tulisan, pamplet serta singboard di hadapannya, pasti dia akan cuba mengeja dan membaca.
Saya pernah mengalami demam Chikungunya pada bulan Mac 2009 di mana semua sendi saya sakit menyebabkan sukar untuk saya berjalan dan bekerja. Setelah setahun lebih, sendi lutut dan kaki saya belum pulih sepenuhmya. Apabila saya pergi ke klinik, saya hanya diberi ubat sapu dan tahan sakit. Saya sebagai agen AuraLife telah memncuba sendiri minyak wangi AuraLife berwarna merah dan menyapu di setiap sendi saya yang sakit selama beberapa hari dan hasilnya menakjubkan, sendi saya tidak sakit lagi. Saya juga mengalami sakit dada dan kadang kala sukar untuk bernafas selama beberapa tahun. Setelah disyorkan oleh Puan Shida, saya telah menggunakan minyak wangi AuraLife berwarna hijau dan menyapunya di bahagian dada. Sungguh ajaib dalam beberapa minit sakit dada saya berkurangan. Alhamdulillah kini saya telah sihat. Anda patut mencubanya.
Anis Balqis binti Hamdan
Aura CEO Coffee dan Aura Shaping & Beauty Lotion
Setelah melahirkan anak kedua berat badan saya naik mendadak sebanyak 22kg. Setelah diperkenalkan Aura CEO Coffee oleh seorang kakak yang menjual produk AuraLife di pasar ramadhan Chukai, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8kg dalam masa 2 minggu. Saya mengamalkan Aura CEO Coffee, 2 sachet sehari iaitu sebelah pagi sebelum sarapan dan petang. Badan rasa sangat bertenaga dan rasa kenyang berpanjangan. Pada sebelah malamnya pula saya mengamalkan Aura Shaping & Beauty Lotion pada tempat-tempat berlemak seperti perut, paha, lengan dan pinggul. Alhamdulillah dari berat 78kg kepada 70kg, dari seluar bersize 40cm kepada 31cm.
Testimoni Lumpuh