Cakra

7 CAKRA
Cakra adalah perkataan bahasa Hindi, yang bermaksud 'roda tenaga'. Cakra memetakan pusat-pusat & saluran aliran tenaga batin & emosi. Aliran tenaga ini mengawal kesihatan fizikal & minda seseorang. Di dalam badan manusia, terdapat 7 cakra yang terletak di sepanjang tulang belakang sehingga ke atas kepala. Ke semua 7 cakra ini mempunyai sifat-sifat yang berlainan & juga melambangkan fungsi-fungsi yang tersendiri. Pengaliran tenaga melalui cakra harus bergerak lancar kerana ia mengawal kesihatan badan kita.

Ajaran cakra boleh difahami daripada 2 perspektif:-
a) Kelakuan atau pesona seseorang, iaitu pemikiran, perasaan, emosi, fahaman diri, daya cipta & lain-lain.
b) Kesihatan fizikal, di mana kita mengkaji kelemahan pada badan & mengira indeks kesihatan
 
 
 
 
UNGU (Warna untuk semangat ingatan & fikiran)
Menjana kesihatan & penyembuhan, awet muda, menjana hormon, memori & tumpuan, penawar toksik dalam otak, mata kanan, migrain, tekanan, mimpi yang kronik, mengimbangi fikiran & kepintaran.

INDIGO (Warna untuk keceriaan & ketenangan)
Menjana 'nervous system', mata kiri, anti bakteria, anti oksidan, semua penyakit berkaitan hidung, masalah neurologi, sakit tulang, sakit telinga & sakit mata.

BIRU (Warna hubungan & pertuturan)
Masalah berkenaan dengan tekak, tiroid, parathyroid, lyrynx & tonsil. Masalah bertutur (gagap), metabolisma tidak seimbang, gangguan selera, masalah berat badan & suhu badan tidak menentu. Ambil ia sebagai program pelangsingan.

HIJAU (Warna kasih sayang & ketenangan)
Masalah hati & paru-paru, masalah emosi berkaitan perasaan, patah hati, sakit kepala, masalah pernafasan, sakit dada, masalah buah dada & kawasan berhampiran tangan, kaitan paru-paru, batuk, asma, radang paru-paru, sakit jantung, gangguan tisu halus & masalah kesedihan.

KUNING (Warna keberanian)
Sistem penghadaman (perut, hati, duodenum, hempedu, pankreas) gastrik, ulser (luka dalam perut), masalah kolesterol, penstabilan sistem rangsangan, meredakan masalah buah pinggang & kulit.

JINGGA (Warna keghairahan & potensi)
Untuk fungsi kelelakian, mati pucuk, trauma emosi, berkenaan dengan keinginan, penghasilan sperma yang sangat kurang, kesuburan, masalah prostat, jangkitan salur kencing. Untuk wanita, ia berkaitan dengan semua masalah sakit puan, senggugut, tekanan sebelum haid, haid tidak teratur, putus haid (menopaus) & masalah keinginan. 

MERAH (Warna untuk menyeimbangkan pemikiran negatif & emosi asas)
Semua penyakit berkaitan darah, masalah urat timbul, buasir, pembekuan darah di dalam pembulur darah atau jantung. Sebagai rawatan cirit-birit, najis berdarah, sindrom radang usus & sembelit. Untuk semua kesakitan fizikal, ia juga baik untuk segala masalah berkaitan urat saraf & tulang, juga menjadi penawar untuk toksik & pencemaran elektrik. 
 

Aura

Aura adalah medan tenaga biologi atau medan psikik (gelombang tenaga) yang menyelubungi semua makhluk. Ia juga boleh dianggap sebagai sebahagian dari fizikal badan manusia. Saiznya adalah berbeza-beza dari beberapa inci ke beberapa kaki di semua arah & merupakan pancaran dari badan kita. Sebenarnya, aura terdiri daripada 7 lapisan. Di mana lapisan luaran berkaitan dengan jiwa & roh, manakala lapisan dalaman pula berkaitan dengan minda, emosi & kesihatan. Ia berkait rapat dengan kesihatan fizikal badan yang mempengaruhi kekuatan & saiz aura kita. Ia juga boleh dipengaruhi oleh unsur luaran & warnanya berubah-ubah mengikut keadaan mental, emosi & fizikal seseorang.